Kursus Keusahawan Digital - Mdec

2 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Isnin – 1 Julai 2019, bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang, Pusat Internet PPR Taman Malihah kerjasama daripada pihak Mdec iaitu eUsahawan telah mengadakan Kursus Usahawan Digital di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Taman Malihah. Program ini adalah anjuran daripada kedua belah pihak bagi memberi ilmu, berkongsi serta mengajar teknik keusahawanan digital pada masa kini.

Tujuan kursus ini diadakan untuk menggalakkan golongan bakal atau usahawan yang sedia ada untuk menceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga. Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan kaedah perniagaan atas talian bagi memudahkan peserta dalam menjalankan perniagaan serta memasarkan produk mereka.
Program ini juga menumpukan kepada tiga (3) fokus utama iaitu kesedaran (awareness), penerangan (explanation) dan didikan (education) yang digubal secara theoritical dan hands-on mengikut kesesuaian jenis kursus, latar belakang peserta (usahawan) dan keperluan dalam perniagaan.
Objektif kursus ini agar dapat memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan mereka yang terlibat dalam bidang keusahawanan ke arah meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan dan penyampaian serta memahami strategi perniagaan (promosi, bekalan dan pengedaran berkesan).
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
1. Facebook for business
2. WhatsApp Marketing
3. Copywriting Techniques
4. Search Engine Optimization (SEO)
5. GMB (Google My Business)

Apa yang menarik, system baru diperkenalkan lebih memudahkan peserya memasukkan data ke dalam system online untuk memudahkan simpanan data akaun seperti jualan, belian dan untung rugi.

Ada yang dah bisnes lebih 10 tahun pernah miliki 3 buah kedai,namun kerana tak mengikuti trend perniagaan,akhirnya 3 buah kedai pun dah tutup. Ada yang dah bisnes sampai eksport ke luar negeri, tapi hadir hari ini kerana niat meningkatkan ilmu pemasaran terutamanya dalam pemasaran digital.
Tahniah atas kehadiran peserta kelas Keusahawanan Digital pada hari ini!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali